Monday, August 23, 2010

KEMANISAN TAUBAT YANG BERKUALITI





Akhir-akhir ini kita sering kali dengar yang penyakit dalam masyarakat kita kian membarah dan merebak ,penyakit yang ubatnya telah ada dalam diri kita ,kita bisa mengesan sendiri,sama ada dalam setiap dosa yang kita buat ,pasti ada secebis rasa kekesalan dan hati menjadi tidak menentu tatkala membuat secebis dosa secara kita sedar atau tidak. Dan usaha itu terletak kepada usaha kita dan usaha untuk mendapatkan pemahaman yang betul agar taubat kita tidak lari dari jalan yang lurus dan pemahaman(Islam) yang benar.

Jika ada rasa penyesalan dalam hati ,itulah titik cahaya yang bisa menyelamatkan kita,dan jangan dibiarkan hidayah itu pergi kerana mungkin kita akan terlepas dan hidayah itu tidak datang lagi,tapi peluk dan dakap la seeratnya,dan bersyukur kita telah diselamatkan dari hati yang gelap-gelita tanpa cahaya hidayah Allah yang amat berharga. Dan semailah cahaya petunjuk itu agar hati terus bisa merasa ketenangan di mana pun kita berada.

Allah ar-Rahman pasti tidak akan membiarkan hambanya terus membuat kesalahan,sedangkan sebesar-besar dosa juga pasti ada pengampunan dari Allah,taubat yang berterusan dan memperbaiki amalan -amalan wajib akan mengubati hati yang sakit ,itulah urusan Allah dalam urusan yang ghaib yang kita tidak nampak tapi Allah telah mengajarkan kita cara mengubati penyakit yang telah Allah turunkan ,dan pastinya Allah juga la penawar bagi segala penyakit.

Solat yang berkualiti pastinya membantu kita untuk mendapatkan taubat yang berkualiti dalam memohon keampunan kepada Allah,sejauh mana kita memahami solat yang berkualiti yang kita lakukan saat kita kecil hingga besar apakah masih sama lagi dengan segala gerakan masih lagi celaru dan tidak memahami doa-doa yang terkandung dalam solat. Atau gerakan solat kita sekadar compang camping yang tidak berkualiti dalam hidup yang sesingkat ini. Solat ini akan dihitung pertama sekali jadi tidak gerun kah kita jika solat kita masih sama dengan masa-masa yang lalu,dan tiada kemajuan sedikit pun.

Inilah saat keemasan yang seharusnya kita memanfaatkan iaitu di dalam bulan pengampunan dan pintu-pintu syurga terbuka bagi hamba-hamba Allah yang mengerjakan amal soleh selari dengan keyakinan kita yang kita juga akan di kembali kepada Allah dan kampung akhirat kita.

Taubat juga bukan la satu proses yang hanya dalam sehari dua kita bisa mendapatkan sedangkan penerimaan nya sahaja belum kita ketahui selagi kita masih hidup,taubat itu satu proses selagi hayat ada selagi itu proses itu berjalan,dan hamba Allah yang disayangi pastinya yang mencintai mati.

Seseorang yang benar-benar ingin bertaubat pastinya kena membuka 'deria kepekaan' kita agar menjadi Muslim yang berkualiti dari segi ibadah,amalan dan yang sewaktu dengan nya,contoh menutup aurat dengan baik dan memahami tuntutan2 lain dalam peraturan-peraturan Allah.
Dan jangan lupa berguru dengan orang yang berilmu,para ustaz,tok guru dan lain2.itulah sebaik-baik taubat,memperbanyakkan ilmu agar taubat kita tidak menjadi sia-sia dan debu yang berterbangan bila ditiup angin,

YA ALLAH TOLONG PERBAIKI BAGI KAMI AGAMA KAMI AGAR TAMBAH KECINTAAN KAMI KEPADA MU YA ALLAH .

0 comments: